Guru dan penganjur lawatan sekolah sering berdepan cabaran memastikan lawatan bukan sekadar perjalanan biasa tetapi pengalaman yang bermakna. Lawatan ke muzium dan tempat bersejarah bagus, tetapi tanpa sebarang interaksi, pelajar mudah hilang minat. Lawatan yang menyeronokkan harus aktif, interaktif, dan memberi nilai tambah agar pelajar lebih terlibat dan memahami pembelajaran dengan cara unik.
Menguruskan lawatan sekolah bukan kerja mudah. Logistik seperti bas dan pengangkutan sering menjadi isu, tetapi memilih lokasi yang berdekatan dengan kemudahan awam boleh membantu mengurangkan beban perancangan. Selain itu, jadual sekolah yang padat sering menjadi halangan merupakan antara kekangan para guru-guru.
Keselamatan adalah aspek utama dalam setiap lawatan sekolah. Tempat yang menawarkan kawalan selamat, pemantauan berterusan, serta pematuhan kepada langkah keselamatan akan memberikan ketenangan kepada guru dan ibu bapa.
Bajet sering menjadi kekangan utama dalam pemilihan aktiviti lawatan sekolah. Oleh itu, adalah penting untuk memilih aktiviti yang tidak hanya berpatutan tetapi juga memberi pulangan yang tinggi dalam aspek pembelajaran dan pengalaman pelajar.
Breakout adalah solusinya!
Bagaimana jika semua kebimbangan yang dibangkitkan di atas dapat diselesaikan? Inilah penyelesaiannya: Breakout.
LOKASI STRATEGIK
Mudah diakses melalui pengangkutan awam, mengurangkan cabaran logistik bagi pihak sekolah
FLEKSIBILITI JADUAL
Aktiviti akan dirancang dengan anda untuk memastikan ia efisien dan berkesan supaya semua kehendak anda dan pelajar dipenuhi
HARGA BERPATUTAN
Pakej serendah RM37 seorang tanpa caj tersembunyi, membolehkan sekolah merancang perbelanjaan dengan lebih mudah.
KESELAMATAN TERJAMIN
Setiap kumpulan dikendalikan oleh Game Master, dan aktiviti berlangsung dalam ruang tertutup yang dipantau oleh pegawai keselamatan bertauliah (OSH).
PENGALAMAN YANG BERBEZA
Menawarkan pengalaman interaktif yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi juga memperkayakan pemahaman pelajar.
Berbanding lawatan sekolah biasa yang lebih bersifat pasif, aktiviti yang membolehkan pelajar terlibat secara langsung dapat meningkatkan pengalaman pembelajaran mereka. Contohnya, aktiviti berbentuk cabaran, teka-teki, atau simulasi yang menggalakkan pelajar bekerjasama dalam pasukan dan berfikir secara kreatif boleh m emberikan impak yang lebih mendalam.
Breakout menawarkan pengalaman unik. Antaranya ialah:
📍LOKASI : Nu Sentral, Avenue K dan The Shore di Melaka
🫣MANFAAT AKTIVITI :
MENGGALAKKAN KERJASAMA PASUKAN
Pemain perlu bekerjasama dalam menyelesaikan teka teki dan cabaran
MENGUJI KEMAHIRAN BERFIKIRAN SECARA KRITIS
Petunjuk tersembunyi dan kod memerlukan pemikiran logik dan kritis
MENINGKATKAN KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH
Semua bilik dipenuhi dengan cabaran yang unik yang memerlukan ketangkasan dalam mencari penyelesaian
MENYEDIAKAN PENGALAMAN IMERSIF
Setiap bilik mempunyai persekitaran realistik yang memerlukan aksi
📍LOKASI : THE CURVE, DAMANSARA
🫣MANFAAT AKTIVITI :
MENGUJI KECEKAPAN & KEBERANIAN
Setiap misi memerlukan keputusan yang pantas, pemikiran kritis, dan kecekapan!
PENGALAMAN ROLEPLAYING
Bukan sekadar menyelesaikan misi, tetapi juga bermain sebagai perisik yang penuh aksi
MEMPERBAIKI KOMUNIKASI
Setiap ahli pasukan memainkan peranan yang penting bagi menyelasaikan misi-misi ini
MENGEMBANGKAN KEMAHIRAN MOTOR & STRATEGI
Pemain perlu mengelak dikesan oleh pengawal dan bergerak secara senyap
📍LOKASI : THE SHORE, MELAKA
🫣MANFAAT AKTIVITI :
MEMUPUK KEBERANIAN & KEYAKINAN DIRI
Aktiviti ini mengajar pelajar untuk berani mencuba, membuat keputusan pantas, dan percaya pada diri sendiri
PENERAPAN BELAJAR SAMBIL BERMAIN
Experiential Learning sangat bermanfaat kerana, pelajar bukan sekadar mendengar teori tetapi mengalami pembelajaran secara langsung
MENGGALAKKAN KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KRITIS
Misi perisik memerlukan pelajar menganalisis situasi, menyelesaikan teka-teki, dan berfikir di luar kotak
Banyak sekolah telah mula mencari alternatif lawatan sekolah yang lebih interaktif dan mendidik. Institusi seperti Sri Ayesha School Bangi, Pusat Pendidikan Al Amin Berhad, Epsom College, dan SMKA Sharifah Rodziah telah menyertai pelbagai program yang bukan sahaja menghiburkan tetapi juga membantu pelajar membina kemahiran insaniah yang berguna di dalam dan di luar bilik darjah.
Lawatan sekolah tidak perlu lagi membosankan atau sukar diurus. Dengan aktiviti interaktif dan menyeronokkan, guru dapat merancang dengan lebih mudah sementara pelajar menikmati pengalaman pembelajaran yang bermakna. Breakout menawarkan aktiviti yang menyeronokkan, selamat, dan mesra bajet, menjadikan lawatan sekolah lebih menarik dan berkesan. Dengan perancangan yang baik, pelajar dapat meneroka, belajar, dan berkembang dalam persekitaran yang lebih dinamik. Jika anda mahukan lawatan yang lebih interaktif dan berimpak, Breakout adalah pilihan terbaik—hubungi kami hari ini untuk mengetahui harga istimewa kami!
NOMBOR TELEFON
E-MEL